Thursday, June 23, 2011

Resepi 2 : Ayam Masak Oriental


Resepi nie aku telah derhaka dr resepi asal..hahahaaa....resepi asal sepatut nyer sotong
oriental tp memandangkan aku nie masih berpantang...xleh mkn seafood so aku tukar ker ayam...bahan22 dia pun byk yang aku xmasukkan..juz masuk yg penting22 jer...hahhaa...belasah jer...janji boleh mkn dan boleh di terima tekak aku n en.husband..sedap gak..tp aku terlajak serbuk kari...hahahaa....

Resepi Ayam Oriental Aku...
Bahan22:

Ayam (ikut suka hati nak wat baper ketul pon)
1/2 sb pes tom yam (aku pakai adabi jer..letak 2 sudu)
1/2 sk rempah kari ikan (aku letak 1sudu)

3/4 sb sos tiram (aku xletak coz xleh mkn ag)

1/2 sk sos ikan (aku xbeli so aku xletak arr...)

Air (ikut korg nak byk kuah or tidak)

Daun Kari Bahan menumis - bwg putih+bwg merah

Cara2:
1. Tumis Bawang+daun kari sampai naik bau.
2. Masukkan pes tomyam+serbuk kari+bahan22 lain

3. Masukkan ayam, gaul kasi mesra

4. Masukkan air+gula+garam

5. Biar mendidih

6. Rasa lah skit..agak22 sedap kat lidah korg tuh..sedap lah..hahaha..
7. aper ag hidang makan sampai habis...


Selamat Mencuba!!!

Wednesday, June 22, 2011

Resepi 1 : Begedil Ayam...




hehehe...Syukur...dapat gak aku wat begedil nie...asyik tertangguh jer...smlm mr.husband blk keja lambat so aku bosan sorg22...wat jer lah begedil nie..hehehe..

Nak lenyek kentang tuh pun..wat aku sesak napas jer..huhuh...last22 aku lenyek separuh..aku makan kentang rebus tuh separuh...hahahaa...so begedil aku nie isi ayam ag banyak dr kentang...kesedapan nyer..menjilat jari..hehehe...begedil aku nie lebut+gebu jer cam tuan dia..hehehe....

Nie resepi aku...aku wat lain skit dr org lain..ikut kretiviti aku sdr..mudah skit..hehehe...

Begedil Ayam (2 or 3 org mkn):

Bahan2:

1. Kentang 2 biji
2. Ayam 3 ketul (amik isi sj)

3. Bawang besar hiris ricik
4. 1 biji Cili padi (nak pedas tambah ag, nk pakai cili besar pun boleh)

5. Daun Sup (agak22 jer nak byk mana)

6. 1 biji Telur 7. Lada sulah dan Garam (agak2 jer)

Cara22 :
1. Basuh kentang sebersih nyer pastuh rebus sampai empuk

2. Rebus ayam (aku rendam je ayam tuh dalam air rebus kentang td)

3. Lenyek kentang, ayam aku tumbuk dlm lesung batu...hehehe
4. Gaul suma skali bahan22 tuh...

5. Dah serasi bersama...wat lah bentuk bulat22 leper

6. Gaul dalam telur pelahan22

7. Pastuh goreng...agak kekuningan..angkat dan hidang...


Selamat mencuba...

Tuesday, June 7, 2011

Makanan Berpantang..


Dalam Sejarah keluarga aku..xder lak yang keguguran..tah nape turn aku...berlaku keguguran nie...memandangkan mak n kakak22 aku xder experience bab22 miscarriage nie...terpaksa lah aku p jumpa bidan tradisional nie...hrmm...

Bidan nie check aku nyer rahim then dia pesan, org gugur berpantang sama seperti org bersalin...thats mean...44hari dan makan pon kena pantang jugak lah...fuhh...

Pesan bidan tuh :

1. ais xboleh minum - 6bulan. (mak mentua ckp 1tahun..perghh lama tuh)
2. laksa dan air kelapa - 1 tahun or mengandung skali lagi.
3. buah - buahan - 44hari
4. makan nasi putih panas
5. ikan selar+kembong
6. sayur sawi jer.
7. kurangkan makan pedas22 dan berminyak.

So...makanan harian aku tiap22 hari juz
- singgang ikan selar jer
- ikan goreng
- minum air kopi n milo jer..

tuh jer lah mkanan aku skang nie...tp xkurus22 pon...hahaha...aku sdr takot nak makan mcm22...takot masa akan datang badan sakit22...drpd aku sakit..better aku pantang jer...
Inilah makanan aku dalam tempoh 44harii...huhuhu..









Thursday, June 2, 2011

Fungsi Telefon Bimbit


Bagi yang dah tahu, kita refresh semula maklumat ini. Kepada yang belum tahu, atau tak tahu semua, sila dapatkan maklumat berikut:

Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu di kala kecemasan. Banyak perkara yang boleh anda lakukan, antaranya :

DAIL NOMBOR KECEMASAN

Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112. Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112. Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi, ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock )


KERETA TERKUNCI

Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar. Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.

Jangan risau, telefon bimbit boleh membantu, tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja . Caranya, cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah. Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.

Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu. Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ' ON ' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.

Pasti kereta anda tidak terkunci lagi, malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.

Kerana itu juga, penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.

Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.


KUASA BATERI TERSEMBUNYI

Mungkin ramai tidak tahu, telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan.

Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan.

Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan. Untuk mengaktifkannya, tekan kekunci ' *3370# ' .

Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus. Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .


TELEFON KENA CURI

Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri. Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda, sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin.

Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit. Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat selamat. Bila telefon bimbit anda dicuri, anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut.

Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar, dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.

Jadi, walaupun ia di curi, namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya.

Selamat mencuba!!


sumber:
http://passembrong.blogspot.com/
http://sohoconsultation.blogspot.com/

Wednesday, June 1, 2011

Berpantang...hrmm...

Susah gak miscarriage nie...hrmm...kena berpantang gak...skang nie aku juz pantang makan jer...xder lak bertungku22...berurut pun tidak...juz mkn ubat herba utk kecutkan rahim jer...

Syukur alhamdulillah aku nie bukan sorg yg cerewet bab22 mkn...xkisah walaupun tiap22 hari makan nasik putih ngan ikan selar goreng...

Next to week aku blk kampung ag...utk berurut...hrmm...harap22 kesihatan aku beransur pulih...
Hari nie 1st day aku masuk keja selepas 2minggu aku bercuti....hrmm duk dlm aircond...sejuk lah pulak...walaupun dlm bilik aku nie...aku xpasang aircond....baju sejuk bawa tp duk dalam keter...nak pegi amik...kat luar hujan plak..fuh..cam ner yer....org tua22 kater dalam pantang jgn kena hujan...boleh menyebabkan kancing gigi...aduhhh....kaki aku dah mula sejuk...aku xbw stokin..cm ner nie...susah jugak berpantang tp kena datang keja...

Esok aku kena lebih get ready brg22 utk hadapi aircond yang bagi aku, dah macam musim winter dah...

Tadi aku ader baca forum...membincangkan tentang miscarriage nie...hrmm..
dorg ckp mkn sup ayam rebus dengan Chinese herb...mana nak carik chinese herb nie...aduhh....

Important Date

  • Balik Kampongg....24/1/13 - 28/1/13
  • Next cucuk Auni 9 Bulan - 11/3/2013

Our MarRiage

Daisypath Friendship tickers Daisypath Anniversary tickers

My Baby

Lilypie First Birthday tickers