Thursday, August 4, 2011

Hormatilah Bulan Ramadhan

Salam Ramadhan untuk umat Islam..

Hadis riwayat Ahmad dan at Tabrani, daripada Anas :

"YA ALLAH BERKATILAH KAMI PADA BULAN REJAB DAN SYA'ABAN DAN SAMPAIKANLAH KAMI KE BULAN RAMADHAN"

Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya'aban bulan Nabi Muhammad, dan Ramadhan bulan Umat Nabi Muhammad. Setiap bulan ini mempunyai kemuliaannya tersendiri.

Rejab : Israk dan Mikraj
Sya'aban : Malam Nisfu Sya'aban
Ramadhan : Lailatul Qadar

Tapi aku bukan untuk ceritakan mengenai kelebihan bulan22 tersebut...tp aku ingin mengingatkan umat islam agar menghormatilah bulan Ramadhan nie...

Dalam dunia ciptaan Allah nie..ramai umat islam..tp berapa ramai yang benar22 mengikuti dan menjalani ajaran islam dengan sebaiknya.

Bulan Ramadhan memberi seribu satu ganjaran pahala yang tidak terhingga kepada hamba Allah..tp malangnya...tidak ramai yang menghargai pemberian Allah...

Persoalannya...berapa ramai umat islam yang benar22 menghayati dan menghormati bulan ramadhan..??

Mengapa kita bising22 sekiranya org non muslim tidak menghormati Ramadhan sedangkan kita sdr tidak menghormati Ramadhan...Sedangkan ramai yang mengumpat, menabur fitnah, dan mendedahkan aurat terutamanya kaum wanita..

Bagi wanita yang uzur...mereka diberi kebenaran untuk tidak berpuasa tp mereka sering tidak menghormati bulan mulia nie...Sememangnya mereka boleh makan tp tidak digalakkan bersikap seperti bulan22 lain..sehinggakan pergi beli makanan dikedai..semata22 menuntut kehendak nafsu...apa salah nyer..sekadar meneguk air segelas sahaja..untuk menghilangkan dahaga dan membatalkan puasa..sudah nama pun bulan puasa...tak salah mereka turut berlapar seperti org lain berpuasa...

Mereka ini bukan saja tidak menghormati Ramadhan malah mereka telah mencemar dan menghina Bulan Ramadhan itu sendiri..

Sekiranya umat islam sendiri tidak menghormati Bulan Ramadhan...adakah org non muslim akan menghormati bulan Ramadhan dan Agama Islam...??? sudah tentu tidak..

Saya menyeru agar umat Islam tidak merendah-rendahkan darjat bulan Ramadhan sedangkan Bulan Ramadhan itu sendiri telah tinggi darjatnya...

Ramadhan bulan yang suci jangan kita mencemarkan nya dengan sikap buruk yang hanya mengikut kehendak nafsu semata22..

Akhir kalam Islam Itu Mudah Tapi Jangan Kita Ambil Mudah..

Waallahua'lam Bissawab

No comments:

Post a Comment

Important Date

  • Balik Kampongg....24/1/13 - 28/1/13
  • Next cucuk Auni 9 Bulan - 11/3/2013

Our MarRiage

Daisypath Friendship tickers Daisypath Anniversary tickers

My Baby

Lilypie First Birthday tickers